JAYAKAN MISI NASIONAL RMK-9

YB TUAN HAJI SALLEH BERSAMA ISTERI PUAN FATMA. Pembangunan P188 Silam akan diteruskan sehingga ke peringkat akar umbi. Melalui Blog ini masalah rakyat akan dibawah keperingkat parlimen dan diajukan untuk tindakan pihak kerajaan. Kerjasama penduduk-penduduk kampung bagi mengemukakan masalah seperti jalan raya,bekalan air,elektrik,surau,masjid,mini dewan dan lain-lain lagi adalah amat dialu-alukan.Blog ini akan dapat memudahkan rakyat menyampaikan masalah kampung untuk dibantu dan dibangunkan demi pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar serta pedalaman.

YB TUAN HAJI SALLEH BERSAMA ISTERI PUAN FATMA. Pembangunan P188 Silam akan diteruskan sehingga ke peringkat akar umbi. Melalui Blog ini masalah rakyat akan dibawah keperingkat parlimen dan diajukan untuk tindakan pihak kerajaan. Kerjasama penduduk-penduduk kampung bagi mengemukakan masalah seperti jalan raya,bekalan air,elektrik,surau,masjid,mini dewan dan lain-lain lagi adalah amat dialu-alukan.Blog ini akan dapat memudahkan rakyat menyampaikan masalah kampung untuk dibantu dan dibangunkan demi pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar serta pedalaman.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan teras Misi Nasional bertujuan memacu Malaysia menuju Wawasan 2020 – dengan pendekatan berasaskan pengetahuan, kreativiti, inovasi dan usaha memupuk minda kelas pertama.

Lebih penting, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkannya di Dewan Rakyat, Misi Nasional akan memastikan matlamat kemajuan negara adalah bersifat holistik serta seimbang bagi faedah rakyat.

“Misi Nasional juga akan membolehkan tamadun negara dibina, seiring dengan kecemerlangan tamadun Islam dan tamadun lain selaras dengan pendekatan Islam Hadhari,” tegas Perdana Menteri.

Misi itu merupakan rangka kerja bagi agenda pembangunan negara dalam tempoh 15 tahun akan datang. Pada 2020 Malaysia disasar menjadi sebuah negara maju.

Ia juga dibentuk selaras dengan perkembangan semasa serantau – termasuk kebangkitan kuasa ekonomi China dan India – bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan.

Misi Nasional dirangka merangkumi lima teras utama yang akan menumpukan usaha negara kepada bidang-bidang penting, kata Perdana Menteri.

Menurut Abdullah, teras pertama dan kedua Misi Nasional ialah usaha bagi meningkatkan nilai ditambah dalam ekonomi negara dan meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti serta inovasi.

Tiga lagi teras ialah usaha menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina, meningkatkan tahap serta kemapanan kualiti hidup dan mengukuhkan keupayaan institusi serta pelaksanaan negara.

“Kelima-lima teras ini menyediakan perspektif jangka panjang yang dirangka bagi menghasilkan prestasi lebih baik dan meningkatkan kesan daripada gabungan usaha pembangunan negara,” ujar Perdana Menteri.

RMK-9 adalah rancangan lima tahun pertama daripada tiga rancangan yang akan memacu Misi Nasional ke arah mencapai Wawasan 2020.

“Sesungguhnya, bagi melaksanakan RMK-9, kita perlu melipatgandakan usaha menggarap kejayaan lebih unggul demi membina tamadun dan menjulang martabat negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata, melalui teras pertama Misi Nasional, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi sedia ada serta mewujudkan kegiatan berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan.

“Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Menurut Abdullah, bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan, kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh dari peringkat prasekolah hingga ke institusi pengajian tinggi dan vokasional.

Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan bagi menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan, katanya.

“Kerajaan juga mendukung matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama,” tambah beliau.

Bagi meningkatkan tahap kualiti hidup, katanya, kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan dan pengangkutan.

“Bagaimanapun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, menaik taraf dan keberkesanan penggunaan sumber,” kata Perdana Menteri.

Katanya lagi, untuk mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan, kerajaan akan memberi komitmen bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat.

“Di samping itu, kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubungan rasuah dan integriti dalam sektor awam dan swasta termasuk di kalangan masyarakat umum,” ujar beliau.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, sepanjang RMK-9, kerajaan akan memastikan kedudukan makroekonomi negara kekal stabil supaya usaha pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Kita akan memastikan bahawa tekanan inflasi sentiasa terkawal dan dasar fiskal terus menyokong pertumbuhan negara.

“Defisit Kerajaan Persekutuan pula akan dikurangkan secara beransur-ansur daripada 3.8 peratus pada 2005 kepada 3.4 peratus pada 2010,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, sebanyak RM200 bilion diperuntukkan oleh kerajaan bagi perbelanjaan pembangunan dalam tempoh RMK-9, 18 peratus lebih tinggi berbanding RM170 bilion yang dibelanjakan sepanjang RMK-8.

Sebanyak RM20 bilion lagi dijangka diperoleh melalui inisiatif pembiayaan swasta untuk pembangunan tambahan, menjadikan semuanya sebanyak RM220 bilion.

Menurut Abdullah, matlamat pertumbuhan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam RMK-9 ialah sebanyak enam peratus setahun sehingga akhir rancangan tersebut.

Ia akan membolehkan Keluaran Negara Kasar per kapita negara meningkat sebanyak 5.9 peratus setahun untuk mencecah RM23,573 menjelang 2010 dengan pendapatan per kapita dari segi kuasa beli bertambah kepada AS$13,878 (RM51,348).

Rancangan lima tahun merupakan kesinambungan perancangan kerajaan bagi membentuk sebuah negara dengan ekonomi yang maju, pembangunan sosial seimbang dan rakyat yang bersatu padu.

DOA PM PADA PEMBENTANGAN RMK-9

YA ALLAH, Engkaulah juga

yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui atas segalanya, antara yang baik dengan yang buruk, antara yang nyata dengan yang ghaib.

Lindungilah kami daripada

bencana dan malapetaka,

daripada kekacauan dan

persengketaan, makbulkanlah doa dan usaha kami; pandulah kami dengan hidayah dariMu untuk melakukan kebaikan dan menemui jalan yang Engkau redhai, bekalkanlah kami dengan barisan warga yang berniat ikhlas, bersifat amanah, berpekerti mulia dan

bersifat jujur, bertanggungjawab membina sebuah negara yang

maju – membina barisan warga yang bersatu – senantiasa

memohon keredhaanMu,

`Bersama Ke Arah Cemerlang,

Gemilang dan Terbilang’.

(Doa Abdullah Ahmad Badawi pada

penghujung pembentangan RMK-9 )

~ oleh silamgemilang di Januari 27, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: