MENABUNG UNTUK ANAK-ANAK DALAM BIDANG PENDIDIKAN:YB. HAJI SALLEH HAJI KALBI,AHLI PARLIMEN P188 SILAM,MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB DAN KONOLEL KEHORMAT RELA

dscn0532

Parlimen Silam,08.02.2009-HARI raya sungguh bererti untuk kanak-kanak kerana adanya pemberian duit raya yang sudah menjadi sebahagian budaya sambutan hari raya. Tanpa duit raya, terasa kurang keseronokan dan kemeriahan hari raya bagi mereka.

Duit raya yang diterima anak boleh dimanfaatkan untuk memulakan kempen projek awal menabung. Inilah masa paling sesuai untuk kita mula mengajar anak merancang kewangan mereka melalui projek awal menabung.
Khdscn0539abarkan berita gembira kepada anak bahawa menabung adalah salah satu cara untuk merancang harta demi mengelak kemelaratan dan merana. Cogan kata kempen, ‘Daripada Seringgit Menjadi Sejuta’.
Simpanan masa depan yang berguna di kala sesak dan terdesak. Menerusi cara ini, mereka akan mempunyai disiplin untuk menabung. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Tafsir al-Qurtubi, ada menghuraikan konsep usaha menabung adalah bertepatan dengan objektif syariah untuk menjaga agama, diri, akal, keturunan dan harta.

Boleh juga diceritakan kisah Nabi Yusuf yang menafsirkan mimpi Raja Muda Aziz Mesir (zaman pemerintahan Firaun) ketika baginda dipenjara. Jadikan kisah ini sebagai panduan mengurus kewangan dengan menabung untuk masa depan.

Kisah ini dinukilkan menerusi firman Allah, Yusuf menjawab: “Kamu akan berladang tujuh tahun dengan kerja yang keras. Maka apa yang kamu tuai, hendaklah kamu tinggalkan pada tangkainya, kecuali sedikit dari yang akan kamu makan. Kemudian akan datang sesudah yang demikian itu, tujuh tahun yang payah; dia akan memakan apa yang kamu sediakan baginya, kecuali sedikit daripada yang kamu simpan.” (Surah Yusuf, ayat 47 dan 48)

Nabi Yusuf mengajar Raja Aziz Mesir bagaimana untuk menghadapi musibah pada masa akan datang menerusi perancangan harta yang baik. Ia membabitkan persediaan awal iaitu usaha selama tujuh tahun untuk menghadapi apa-apa kemungkinan bagi tujuh tahun akan datang. Perancangan ini menyelamatkan rakyat Mesir daripada masalah kebuluran.

Kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan melalui cerita dan diikuti dengan aktiviti atau perbuatan yang dilakukan bersama. Kita mulakan projek menabung bersama anak dengan menyediakan tabung yang bernama seperti ‘Tabung Orang Miskin’, ‘Tabung Bencana Alam’, ‘Tabung Sekolah Along, Angah atau Ucu’ yang diletakkan di hujung kepala katil masing-masing atau di mana sesuai.

Setiap hari anak mesti mengisi tabung masing-masing walaupun satu, sepuluh atau 20 sen daripada duit belanja mereka. Jika ada keperluan untuk menderma, dikeluarkan untuk didermakan kepada orang miskin atau bencana, selain daripada menabung untuk simpanan sendiri.

Amalan menabung perlu bermula dari sejak kecil lagi supaya menjadi budaya dalam hidup seseorang insan

Amalan menabung perlu bermula dari sejak kecil lagi supaya menjadi budaya dalam hidup seseorang insan

Pengalaman seorang kawan mengatakan bahawa pada awalnya mereka agak susah untuk menyimpan terutama anak lelakinya. Namun selepas berkali-kali dipujuk dan diterangkan ganjaran menginfakkan sebahagian daripada harta dan kesusahan orang lain, barulah nampak dia bersungguh.

Sedekah mereka walaupun kecil, tetapi amat berharga di sisi Allah. Orang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di dunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan.

Sebenarnya, orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya kerana menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkat dan menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipat ganda. Mereka tidak akan rugi walaupun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Akhirnya didapati anak berlumba untuk menderma. Ibunya juga berjanji akan membawa mereka untuk menyerahkan sendiri hasil simpanan kepada pihak yang memerlukan.

Sebagai ibu bapa, kita mestilah sentiasa kreatif dalam menerapkan nilai murni kepada anak dengan melakukan aktiviti begini. Kesannya sangat besar dan mendalam dalam jiwa anak. Di samping menabung, kita juga perlu menanamkan budaya menguruskan kewangan anak.

Yang Berhormat Tuan Haji Salleh Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB dan Konolel Kehormat Rela berkata”Melabur dalam bidang pendidikan adalah amat baik untuk tabungan masa depan sekolah anak.Amalan menabung amat menguntungkan keluarga, bangsa dan negara kerana tabungan ini dapat membantu anak-anak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Anak adalah aset negara yang paling berharga”.

Tiga cara mendidik anak menghargai pengurusan kewangan:

Beri peluang anak mengetahui kos perbelanjaan. Contohnya, jika anak ingin membuat majlis hari jadinya secara besar-besaran. Kita beri anak peluang dan ajak bersama menyenaraikan semua barangan yang ingin dibeli berserta jumlah perbelanjaan yang hendak digunakan.
Tetapkan bajet dan masa pembelian. Dengan itu, mereka terpaksa menyelidik dulu harga yang sesuai untuk membeli barangan kenduri. Jika tidak, bajet akan terlebih dan mereka terpaksa menanggung sendiri lebihan perbelanjaan itu. Kaedah ini jika selalu diamalkan akan memberi kefahaman kepada anak mengenai pengorbanan masa dan kewangan keluarga.

Memberitahu kepentingan pembelian sesuatu barangan. Jika anak kita mahu membeli sesuatu barangan, suruh mereka menulis segala kebaikan pembelian dan apa kesan buruknya jika tidak membeli barangan kemahuan mereka itu. Tanya mereka, bila barangan itu diperlukan dan bolehkah pembelian dibuat pada masa akan datang.
Beri peluang kepada mereka untuk membuat keputusan pembelian. Tugas kita adalah memberi peruntukkan. Contohnya, RM150 kepada mereka dan mereka bebas membeli apa saja kemahuan terpenting bagi diri mereka. Tetapi beritahu juga berita gembira, jika mereka dapat membeli sesuatu barangan dengan harga RM100, baki RM50 adalah milik mereka.
Harapan ibu dan ayah yang prihatin ialah menyediakan payung, sebelum hujan. Adalah penting untuk kita tekankan semula pentingnya amalan menabung, mengawal bajet, melabur dan berkongsi kesenangan. Menabung penting sebagai persediaan kerana kita tidak tahu apa yang menanti pada masa depan.

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik, kita seyogianya memahami kemaslahatan wang. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan wang, kita dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segala-galanya. Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Orang yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka. Realitinya, peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa “sediakan payung sebelum hujan”.

Dalam marcapada, menabungkan wang dikatakan dapat mendisiplinkan diri kita. kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung. Apabila menabung, prinsip “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”. Wang tabungan ini dapat mengekang diri kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada memboros.

Walakin begitu, amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang mengapresiasi kesusahan mencari wang. Ibu bapa yang bekerja siang dan malam “bagai lebah mengumpulkan madu” demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita sedari. Baki wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna.

Ibu bapa memainkan peranan sebagai mencorakkan amalan ini kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan amalan murni seperti menabung. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat diajar tentang perancangan masa hadapan. Mereka akan menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat. Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal, adalah benih”.

Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali dibawa ke bank untuk disimpan. Di samping menabung, kita juga berpeluang untuk mempelajari perkembangan dunia perbankan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan kita warga yang sentitif akan perkembangan ekonomi semasa. Daripada perspektif ekonomi, kita dapat memainkan peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan negara daripada serangan wabak kemelesetan ekonomi. Tegasnya, simpanan tidak seberapa yang kita laburkan dalam simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank untuk pelaburan mega lain sekali gus menstabilkan ekonomi negara.

Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. “Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jagatraya.

~ oleh silamgemilang di Februari 8, 2009.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: